Wednesday, September 9, 2009

9w2jor


syukur dengan hanye sekali exam skmm saya lulus rae jun 2009. walaupun tiada pengalaman dlm radio amatur beranikan diri mencuba untuk QSO dan harap dpt tunjuk ajar dari rakan rakan radio amatur yang mempuyai pengalaman yang luas ,terima kasih...

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.
.

Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad Sebutan

A - Alfa
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf

H - Hotel
I - India
J - Juliett
K - Kilo
L - Lima
M - Mike

N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango

U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-ray
Y - Yankee
Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down

QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location


73 bermaksud Salam Mesra
– Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.


88 bermaksud Ciuman Mesra
Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….

Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Mu
ltimedia Malaysia (MCMC)

iium properties gombak


Tugasan harian memastikan semua good condition tip top.... tanpa gangguan .....gambar 1,fami menyampaikan hadiah pingat tanpa bonus selama 3 tahun kepada azmi atas keberanian menaiki highmass ketinggian 60 meter.gambar 2,saya memeriksa transformer 11/433kv baik.gambar 3,shutdown 33/11pmu uia.gambar 4 saya berada di stage tertinggi untuk membaiki lampu stadium uia.gambar 5,skyliffmembawa kami ke stage lampu stadium...gayat juga tapi cekalkan hati ...

Tuesday, September 8, 2009

memburu rusa

Melapah rusa
kijang jantan 15kg.


rusa putih 40thn memburu ,sejarah mengejut!rusa putih ditemui...
gambar menjual daging rusa di pekan sehari chenor ...rusa jantan jaguh 8 das tembakan baru tumbang..akhirnye ke chenor jua untuk dijual bagi orang kampung merasa daging rusa hutan malaysia. 3 ekor kijang berjaya di buru.. Setiap bulan sebelas jika lesen memburu rusa dibuka ni le aktiviti nyee..gambar 1.rusa jantan yg berjaya di tembak,gambar 2.rusa jantan kedua,gambar 3,rusa jantan lagi,gambar 4.semua siap untuk pulang setelah sebulan duduk dalam hutan memburu rusa.......gambar 5 rusa betina,gambar 6 teknik melapah rusa hehe ...spirit hunter ...8 ekor berjaya di buru .....

MENANTI DETIK LESEN MEMBURU RUSA BILA AKAN DIKELUARKAN.

Sesudah hampir 2010-2014, hampir 5 tahun lesen rusa di bekukan oleh perhilitan adakah 2015 lesen akan dibuka untuk memberi peluang kepada pemburu memburu secara bebas..harapan semoga lesen dibuka dan kawalan oleh pihak perhilitan dapat menjaga populasi rusa terus dilakukan bagi mengelakan rusa dari kepupusan oleh tindakan pemburu haram yg  memburu tidak mengikut musim yg ditetapkan oleh pihak perhilitan serta penebangan hutan yg berluasa sehingga habitat rusa diganggu sehingga rusa begitu mudah diburu oleh pemburu haram . 

Monday, September 7, 2009

BASIKAL mountain bike kayuhan pcc 2009








BUAT kedua kali mencuba kudrat selepas pcc2007 di kajang perdana berjaya tamat 4 stage60km off road kini pcc2009 64km kecewa dengan 1 stage saje24km berjaya dihabiskan ...di semenyih university swasta ...caplassss.. walaupun sebulan traning mendaki bukit lebuhraya karak tapi gagal juga dlm ujian offroad pcc 2009 namun kayuh tetap kayuh.gambar 1,menunggu barisan laluaan sempit ramai peserta 1ribu org.gambar 2 tamat stage 1,bergambar bergaya assri n fami ,gambar 3 aksi Galvin sparco glove pun koyak jatuh.....,gambar4 7:30 pg baru nk seting basikal ,gambar5, jem laluan dekat 15minit ramai sgt peserta...,gambar 6,bergaya le asyik jem je laluan tu yang punca lambatt habis stage..1.bila lagi jom join kayuh

KONVOI 4x4 motor cross MAT DALING













PERTAMA kali menjejaki ke Kg MAT DALING Pendalaman di Hulu Tembeling Pahang ,konvoi 4x4 dan motorcros anjuran belia Kg Paya Pulai temerloh phg seramai 20 org..2hari 2malam .menarik ..hanye dengan pengangkutan boat selama 4jam dan pacuan empat roda 6jam jalan balak bukit bukau serta motor lasak sahaja boleh sampai n heli kopterrr..yang syok ...bila hujan kekuatan jentera 4x4 n motor lasak serta mental dan skil individu serta team work di uji fuhh ...gambar 1,assri turun dari kerata diatas jambatan sg tekai jalan pulang ke luar,gambar 2 lias dan amir bergaya di signboard arah ke mat daling gambar 3.Antara motor yg turut serta .gambar 4 didepan masjid kg mat daling,gambar5 papan tanda jarak ke jalan keluar melalui jalan balak,gambar 6,sungai tekai di pertengahan jalan keluar,gambar 7,pacuan 4roda koi..,gambar 8,selamat pagi selepas bermalam di tepi sg tembeling, mula-mula sampai di mat daling jam 12malam dan pacak khemah terus tido penattt.. dari jam 3ptg di kuala tahan sampai di tapak khemah11malan hujan tu yg lambat.